theme-sticky-logo-alt
June 22, 2026
23 Views

“Ini Kerja Gila,”- Rafizi Ramli

KUANTAN: Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengakui langkah bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai cabaran sukar dan di luar kebiasaan bagi banyak pihak. Menurut Sinar Harian,Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, langkah itu mungkin dilihat sebagai “kerja gila” memandangkan parti berkenaan masih baharu dan perlu berdepan semua parti komponen utama dalam... Read More

KUANTAN: Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengakui langkah bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai cabaran sukar dan di luar kebiasaan bagi banyak pihak.

Menurut Sinar Harian,Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, langkah itu mungkin dilihat sebagai “kerja gila” memandangkan parti berkenaan masih baharu dan perlu berdepan semua parti komponen utama dalam pilihan raya tersebut.

“Jadi kalau orang tanya, kamu ini buat kerja gila. Macam mana nak masuk pilihan raya lawan semua orang, duit pun bukan ada sangat dan kemudian parti baru satu bulan.

“Kita akan lawan UMNO, MCA, MIC, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).., silap-silap hari Parti Wawasan pun kita lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Kancil di Pahang, di Indera Mahkota, malam Ahad.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, cabaran utama ketika ini adalah membina jentera pilihan raya dalam tempoh singkat memandangkan parti itu masih baharu.

Menurutnya, keadaan itu memaksa mereka bekerja dalam tekanan bagi memastikan setiap gerak kerja dapat disusun dengan baik.

“Esok malam kita akan mula buka dan kita aktifkan satu lagi ciri baharu. Jadi siapa-siapa ahli dan juga orang biasa, dia boleh pilih dekat mana dia nak berkempen, jenis apa dia nak buat, lama mana dia nak buat.

“Kalau empat jam, empat jamlah dan kita akan mulakan di Pilihan Raya Negeri Johor nanti untuk yang ini cabaran kami,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading