theme-sticky-logo-alt
June 23, 2026
41 Views

“Rainwater Music Festival 2026 Raih RM392.33 juta,”-Tiong King Sing

KUALA LUMPUR –Penganjuran World Labour Day Celebration Rainwater Music Festival 2026 sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 berjaya mencatat impak ekonomi keseluruhan sebanyak RM392.33 juta. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, berkata acara itu turut menarik kehadiran kira-kira 415,000 pengunjung dari dalam dan luar negara. Menurut Malaysia Gazette, penganjuran festival tersebut dilaksanakan menerusi kerjasama... Read More

KUALA LUMPUR –Penganjuran World Labour Day Celebration Rainwater Music Festival 2026 sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 berjaya mencatat impak ekonomi keseluruhan sebanyak RM392.33 juta.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, berkata acara itu turut menarik kehadiran kira-kira 415,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Menurut Malaysia Gazette, penganjuran festival tersebut dilaksanakan menerusi kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta bagi merancakkan industri pelancongan negara.

“Festival utama yang berlangsung di Kuala Lumpur berjaya menarik sekitar 150,000 pengunjung domestik, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

“Malah acara ini berjaya menarik 100,000 pelancong antarabangsa dari China, Jepun, India, Korea Selatan, Thailand, Singapura, Indonesia, Vietnam dan beberapa negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi jawapan menteri pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Young Syefura Othman (PH-Bentong) meminta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menjelaskan sejauh mana penganjuran Rain Rave Water Music Festival 2026 menyumbang kepada pengukuhan pelancongan berasaskan acara.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading