theme-sticky-logo-alt
June 23, 2026
45 Views

“Lumba haram Dan Tonto Kini Berdepan Penjara 5 Tahun Serta Denda Sehingga RM 50,000,”-Anthony Loke

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan kesalahan khusus terhadap lumba haram dan kegiatan Tonto menerusi Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu merupakan antara tindakan paling tegas dalam sejarah penguatkuasaan jalan raya negara. Menurut Malaysia Gazette, seksyen baharu 42A diwujudkan bagi membolehkan tindakan terus diambil terhadap individu yang berlumba atau menduga... Read More

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan kesalahan khusus terhadap lumba haram dan kegiatan Tonto menerusi Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu merupakan antara tindakan paling tegas dalam sejarah penguatkuasaan jalan raya negara.

Menurut Malaysia Gazette, seksyen baharu 42A diwujudkan bagi membolehkan tindakan terus diambil terhadap individu yang berlumba atau menduga kelajuan di jalan awam.

Katanya, tindakan boleh diambil tanpa perlu menunggu sehingga berlakunya kemalangan atau kehilangan nyawa.

“Pesalah kali pertama boleh dikenakan denda antara RM2,000 hingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun manakala pesalah berulang berdepan denda sehingga RM20,000 dan penjara maksimum lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam masa sama, Anthony berkata kerajaan turut memperkenalkan seksyen baharu 110B bagi membanteras kegiatan Tonto yang selama ini menjadi ancaman kepada operasi penguatkuasaan.

“Mana-mana individu yang menghalang, mengekori, mengganggu atau menyebarkan maklumat operasi penguatkuasaan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun,” katanya.

Beliau turut merujuk tragedi kematian pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Allahyarhamah Anisah Ali, ketika operasi membanteras penyeludupan di Kelantan pada 2016.

“Jalan raya bukan tempat untuk berlumba dan penguat kuasa tidak boleh terus menjadi sasaran pihak yang cuba melindungi pesalah,” katanya lagi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading