theme-sticky-logo-alt
June 23, 2026
131 Views

“Kita Telah Buka Kertas Siasatan,”-Khalid Ismail

KUALA LUMPUR-Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang didakwa menghina masyarakat setempat ketika berada di China, baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, berkata siasatan itu bukan sahaja tertumpu kepada aspek pelanggaran tatatertib, tetapi turut meliputi kemungkinan wujud sebarang kesalahan di bawah undang-undang. “Kita telah menjalankan siasatan dan membuka... Read More

KUALA LUMPUR-Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang didakwa menghina masyarakat setempat ketika berada di China, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, berkata siasatan itu bukan sahaja tertumpu kepada aspek pelanggaran tatatertib, tetapi turut meliputi kemungkinan wujud sebarang kesalahan di bawah undang-undang.

“Kita telah menjalankan siasatan dan membuka kertas siasatan tatatertib terhadap anggota yang berkenaan.

“Bukan sahaja daripada sudut tatatertib, jika ada kesalahan yang melanggar undang-undang, saya akan ambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Pesara Polis Malaysia (RESPA) Kali Ke-42 Tahun 2026, hari ini.

Mohd Khalid turut mengingatkan semua pegawai dan anggota PDRM supaya sentiasa menjaga tatasusila, disiplin serta imej pasukan, sama ada ketika bertugas di dalam mahupun luar negara.

“Sebagai anggota beruniform, kita terikat dengan peraturan dan SOP yang telah ditetapkan oleh pasukan.

“Kita perlu menjaga tata laku pada setiap masa, bukan sahaja di dalam negara tetapi juga ketika berada di luar negara,” katanya.

Baru-baru ini, tular seorang pempengaruh yang juga anggota polis didakwa menghina penduduk tempatan dengan menjerit perkataan tidak sepatutnya sambil menutup hidung di tempat awam di China.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading