theme-sticky-logo-alt
June 22, 2026
205 Views

“Adakah Anggota Kerabat Diraja Kebal Dari Teguran?”- Tony Pua

KUALA LUMPUR: Tony Pua membangkitkan persoalan mengenai penglibatan anggota kerabat diraja dalam politik dan kempen politik, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dalam hantaran di Facebook, Tony mempersoalkan sama ada tindakan sedemikian, sekiranya menunjukkan kecenderungan atau keberpihakan politik, turut menyebabkan anggota kerabat diraja terbabit terdedah kepada kritikan dan teguran balas. “Apabila anggota kanan kerabat... Read More

KUALA LUMPUR: Tony Pua membangkitkan persoalan mengenai penglibatan anggota kerabat diraja dalam politik dan kempen politik, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Dalam hantaran di Facebook, Tony mempersoalkan sama ada tindakan sedemikian, sekiranya menunjukkan kecenderungan atau keberpihakan politik, turut menyebabkan anggota kerabat diraja terbabit terdedah kepada kritikan dan teguran balas.

“Apabila anggota kanan kerabat diraja terlibat secara terbuka secara langsung atau tidak langsung dengan politik dan kempen politik, menunjukkan kecenderungan dan keberpihakan, adakah mereka tidak meletakkan diri mereka kepada bantahan dan teguran balas?” soalnya.

Beliau turut membangkitkan persoalan sama ada anggota kerabat diraja berada di luar ruang teguran sekiranya mereka terlibat dalam perkara berkaitan politik.

“Dalam keadaan itu, adakah anggota kerabat diraja ini kebal dari teguran?

“Adakah Akta Hasutan masih terpakai?” Soalnya.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading