theme-sticky-logo-alt
June 22, 2026
19 Views

Malaysia, Bangladesh Kukuh Kerjasama Tangani Isu Rohingya

PUTRAJAYA: Malaysia dan Bangladesh akan memperkukuh kerjasama menerusi mekanisme ASEAN dalam usaha mencari penyelesaian jangka panjang terhadap krisis pelarian Rohingya. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama itu termasuk melibatkan pihak berkuasa Myanmar bagi menangani isu berkenaan secara lebih menyeluruh. Menurut Sinar Harian, kedua-dua negara akan bekerjasama melalui saluran diplomatik di peringkat menteri luar... Read More

PUTRAJAYA: Malaysia dan Bangladesh akan memperkukuh kerjasama menerusi mekanisme ASEAN dalam usaha mencari penyelesaian jangka panjang terhadap krisis pelarian Rohingya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama itu termasuk melibatkan pihak berkuasa Myanmar bagi menangani isu berkenaan secara lebih menyeluruh.

Menurut Sinar Harian, kedua-dua negara akan bekerjasama melalui saluran diplomatik di peringkat menteri luar serta platform ASEAN, dengan melibatkan menteri luar masing-masing dan pihak berkuasa Myanmar bagi membantu menyelesaikan sebahagian daripada isu berkaitan.

“Kedua-dua negara berkongsi komitmen yang kukuh untuk menyelesaikan nasib pelarian Rohingya yang kini menetap di Bangladesh dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman, di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Tarique menyatakan kebimbangan terhadap situasi kemanusiaan yang dihadapi masyarakat Rohingya yang kini berlindung di Bangladesh.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas sokongan berterusan dalam memastikan proses penghantaran pulang mereka ke Myanmar dilaksanakan secara selamat, bermaruah dan mampan.

Tarique berkata, Bangladesh berharap kerjasama serantau dapat dipertingkatkan lagi, khususnya dalam menangani beberapa isu berkaitan.

“Saya menyatakan kebimbangan terhadap masyarakat Rohingya yang berlindung di Bangladesh serta merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas sokongan berterusan dalam memastikan proses penghantaran pulang mereka ke Myanmar dilaksanakan secara selamat, bermaruah dan mampan,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading