theme-sticky-logo-alt
June 17, 2026
130 Views

“Sentimen Kebencian Terhadap Rohingya Perlu Ditangani Dengan Kasih Sayang,”- Zulkifli Hasan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata sebarang peningkatan sentimen kebencian terhadap komuniti Rohingya dalam kalangan rakyat Malaysia perlu ditangani secara berhikmah dan berasaskan nilai kasih sayang. Menurut Buletin Tv3, umat Islam perlu meneladani perjuangan Rasulullah SAW yang menekankan nilai kasih sayang, kedamaian dan keamanan dalam hubungan sesama manusia. “Saya... Read More

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata sebarang peningkatan sentimen kebencian terhadap komuniti Rohingya dalam kalangan rakyat Malaysia perlu ditangani secara berhikmah dan berasaskan nilai kasih sayang.

Menurut Buletin Tv3, umat Islam perlu meneladani perjuangan Rasulullah SAW yang menekankan nilai kasih sayang, kedamaian dan keamanan dalam hubungan sesama manusia.

“Saya ingin mengingatkan kepada semua individu, organisasi dan masyarakat supaya kita menghayati bagaimana perjuangan Rasulullah SAW yang berasaskan kepada kasih sayang, kedamaian dan keamanan.

“Antara kalimah ataupun kalam awal yang baginda Rasulullah SAW sampaikan ketika berhijrah adalah berkaitan dengan kasih sayang.

“Ar-Rahimuna yarhamuhumur-Rahman, irhamu man fil-ardhi yarhamkum man fis-sama’ itulah yang perlu kita perjuangkan, ingatan mesej penting yang disampaikan oleh baginda Rasulullah SAW,” katanya pada sidang media.

Menurut Zulkifli, konsep rahmah dan kasih sayang perlu dijadikan panduan dalam menangani perbezaan serta ketegangan sosial, termasuk isu melibatkan komuniti pelarian.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang dan tindakan tegas boleh diambil terhadap pihak yang terlibat.

Bagaimanapun, katanya, golongan yang melakukan kebaikan perlu terus dihargai.

“Sepertimana yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya ada melibatkan pelanggaran undang-undang, kita boleh ambil tindakan.

“Tapi dalam masa yang sama kita hargai mereka-mereka yang ingin melakukan kebaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persepsi masyarakat yang semakin negatif susulan pelbagai laporan media berkaitan isu melibatkan komuniti Rohingya di negara ini, termasuk kebimbangan berlakunya ketegangan sesama umat Islam.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading