Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi mengakui beliau dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke mempunyai perbezaan dalam banyak perkara.
Menurut Malaysia Gazette, perbezaan itu tidak menjadi penghalang kepada kerjasama antara kerajaan Johor dan kerajaan persekutuan demi kepentingan rakyat.
“YB Menteri, mungkin kita ada perbezaan dalam banyak perkara. Ya, mungkin saya tak berapa tinggi kalau nak dibandingkan dengan YB Menteri, yang jauh lebih besar. Besar dari segi kuasanya, besar dari segi peruntukannya.
“Namun begitu, saya percaya, serendah atau sebesar mana pun kedudukan kita, amanah seorang pemimpin tetap sama, bekerja demi kepentingan rakyat dan memudahkan kehidupan mereka,”
“Rakyat tidak menilai siapa yang paling banyak mengumumkan projek. Rakyat menilai siapa yang benar-benar menyampaikan hasil yang terbaik untuk mereka.
“Di situlah sebenarnya rendah atau besarnya seorang pemimpin dinilai,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Operasi Perkhidmatan Shuttle Selatan di Stesen Kereta Api Kulai, Johor, hari ini
Mengakhiri perkara itu, Onn Hafiz turut menyampaikan serangkap pantun.
“Bangsa Johor halus bicara, tegasnya tidak meninggi suara, orang bertandang kami gembira, asalkan jaga adab dan bahasa,” katanya.








