theme-sticky-logo-alt
June 18, 2026
22 Views

PH Banyak Tabur Fitnah, Beri Fakta Tidak Tepat Dan Hasut Rakyat Dengan Perkara Yang Tidak Betul,”-Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendakwa Pakatan Harapan (PH) ketandusan idea dan hanya memainkan sentimen kebencian serta perkauman sebagai modal politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurut laporan Malaysia Gazette, Onn Hafiz berkata PH sehingga kini masih belum mengemukakan calon Menteri Besar Johor. Sebaliknya, beliau mendakwa kempen... Read More

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendakwa Pakatan Harapan (PH) ketandusan idea dan hanya memainkan sentimen kebencian serta perkauman sebagai modal politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Onn Hafiz berkata PH sehingga kini masih belum mengemukakan calon Menteri Besar Johor.

Sebaliknya, beliau mendakwa kempen pihak lawan lebih banyak tertumpu kepada serangan politik berbanding menawarkan penyelesaian terhadap isu yang dihadapi rakyat negeri itu.

“Setakat ini apa yang saya lihat, mereka lebih banyak menabur fitnah, memainkan fakta yang tidak tepat dan menghasut rakyat dengan perkara-perkara yang tidak betul berbanding mengemukakan idea atau dasar yang boleh memajukan Johor.

“Rakyat Johor cukup matang untuk menilai. Mereka boleh membezakan antara fakta dan fitnah serta menentukan siapa yang benar-benar mempunyai perancangan terbaik untuk masa depan negeri ini,” katanya.

Onn Hafiz berkata demikian kepada pemberita dalam temu bual bersama media Johor di kediaman rasminya di Saujana, Johor Bahru, semalam.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading