theme-sticky-logo-alt
June 16, 2026
64 Views

Loke dan Onn Hafiz Bersemuka Di Kulai

Selepas beberapa hari berbalas kenyataan di media sosial, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi hari ini bersemuka di Majlis Peluncuran Operasi Perkhidmatan Shuttle Selatan di Stesen Kereta Api Kulai, Johor. Menurut Beria Harian,Loke tiba pada majlis anjuran Kementerian Pengangkutan itu kira-kira jam 12.45 tengah hari, diikuti Onn Hafiz lima minit... Read More

Selepas beberapa hari berbalas kenyataan di media sosial, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi hari ini bersemuka di Majlis Peluncuran Operasi Perkhidmatan Shuttle Selatan di Stesen Kereta Api Kulai, Johor.

Menurut Beria Harian,Loke tiba pada majlis anjuran Kementerian Pengangkutan itu kira-kira jam 12.45 tengah hari, diikuti Onn Hafiz lima minit kemudian.

Turut hadir ialah Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh serta beberapa pemimpin DAP.

Kedua-dua pemimpin itu dilihat bersalaman dan berbual mesra sebelum masing-masing menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.

Ketika memulakan ucapannya, Onn Hafiz mengalu-alukan kedatangan Loke bersama pasukannya ke Johor.

Onn Hafiz berkata, beliau meminda dan menyusun semula jadualnya sebaik menerima notis singkat berhubung jemputan menghadiri majlis berkenaan.

“Apa pun keadaan, kita faham dan dalam suasana luar biasa, kita harus kekal profesional dan bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas sebagai kerajaan demi kesejahteraan rakyat khususnya di Johor,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading