theme-sticky-logo-alt
August 29, 2026
50 Views

“UMNO Buka Ruang Runding Kerjasama Dengan Parti Politik Hadapi Pilihan Raya,”-Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR: Kepimpinan UMNO negeri diminta melakukan perbincangan dan perundingan dengan parti-parti politik yang mahu bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya akan datang. Ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia yang berlangsung pada 28 Ogos 2026 bersamaan 15 Rabiulawal 1448 Hijrah. Menurut kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, sebarang... Read More

KUALA LUMPUR: Kepimpinan UMNO negeri diminta melakukan perbincangan dan perundingan dengan parti-parti politik yang mahu bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia yang berlangsung pada 28 Ogos 2026 bersamaan 15 Rabiulawal 1448 Hijrah.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, sebarang perundingan dengan mana-mana parti bagi menjalinkan kerjasama dalam pilihan raya akan datang mesti berteraskan keikhlasan dan kepercayaan.

“Bersetuju untuk kepimpinan UMNO Negeri melakukan perbincangan dan perundingan dengan parti-parti politik yang mahu bekerjasama dalam menghadapi Pilihanraya akan datang.

“Sebarang perundingan dengan mana-mana parti untuk menjalinkan kerjasama dalam pilihanraya akan datang mesti berteraskan keikhlasan dan kepercayaan, bukannya ugutan dan gertakan,” menurut kenyataan itu.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading