theme-sticky-logo-alt
June 15, 2026
136 Views

“Jumlah Pelarian Rohingya Sukar Dipastikan Kerana Mereka Tinggal Berselerak,”- Sazeli Kahar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mempergiat operasi bagi mengesan dan menahan pelarian Rohingya yang terlibat dalam kegiatan jenayah di negara ini, kata Ketua Polis Selangor, Sazeli Kahar. Menurut Malaysia Gazette, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan awam terus terjamin. Sazeli berkata jumlah sebenar pelarian Rohingya di Selangor sukar dipastikan kerana mereka tinggal secara berselerak... Read More

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus mempergiat operasi bagi mengesan dan menahan pelarian Rohingya yang terlibat dalam kegiatan jenayah di negara ini, kata Ketua Polis Selangor, Sazeli Kahar.

Menurut Malaysia Gazette, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan awam terus terjamin.

Sazeli berkata jumlah sebenar pelarian Rohingya di Selangor sukar dipastikan kerana mereka tinggal secara berselerak di pelbagai lokasi dan sebahagiannya tidak berdaftar dengan pihak berkuasa.

Beliau mengakui keadaan itu menimbulkan kebimbangan, khususnya apabila terdapat individu dalam komuniti tersebut yang dikaitkan dengan kesalahan jenayah.

“PDRM sentiasa menjalankan tindakan penguatkuasaan secara berterusan terhadap pendatang dan pelarian yang terlibat dalam kegiatan jenayah, terutama jenayah kekerasan dan jenayah harta benda.

“Bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 pula, sebanyak 52 kes jenayah melibatkan warga Rohingya direkodkan dengan 73 individu ditahan.

“Manakala sepanjang tahun lalu, sebanyak 140 kes membabitkan warga Rohingya telah direkodkan dengan seramai 227 individu berjaya ditahan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu penempatan komuniti Rohingya di Selangor serta tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak polis.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading