theme-sticky-logo-alt
June 15, 2026
5 Views

Jaringan Lewat Kamada Bantu Jepun Ikat Belanda

Jepun mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit mengikat Belanda 2-2 dalam aksi Piala Dunia 2026 hasil jaringan lewat Daichi Kamada pada penghujung perlawanan. Selepas babak pertama berakhir tanpa sebarang jaringan, Belanda akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-51 menerusi kapten pasukan, Virgil van Dijk. Gol itu hadir daripada situasi sepakan percuma apabila Ryan Gravenberch menghantar semula... Read More

Jepun mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit mengikat Belanda 2-2 dalam aksi Piala Dunia 2026 hasil jaringan lewat Daichi Kamada pada penghujung perlawanan.

Selepas babak pertama berakhir tanpa sebarang jaringan, Belanda akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-51 menerusi kapten pasukan, Virgil van Dijk.

Gol itu hadir daripada situasi sepakan percuma apabila Ryan Gravenberch menghantar semula bola ke dalam kotak penalti sebelum Van Dijk yang tidak dikawal menanduk kemas ke penjuru bawah gawang Jepun untuk meletakkan Oranje di hadapan 1-0.

Walaupun berdepan kesukaran mencipta peluang dalam babak kedua, Jepun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-57 menerusi peluang pertama mereka selepas rehat.

Rembatan Nakamura dari luar kotak penalti terkena sedikit kaki Jan Paul van Hecke sebelum menewaskan penjaga gol Belanda, Bart Verbruggen, sekali gus menjadikan kedudukan 1-1.

Bagaimanapun, kegembiraan Jepun hanya bertahan tujuh minit apabila Belanda kembali di hadapan menerusi jaringan Crysencio Summerville.

Pemain sayap itu membawa bola merentasi bahagian hadapan kotak penalti sebelum melepaskan rembatan kaki kiri yang padu ke penjuru bawah gol untuk mengembalikan kelebihan buat Belanda.

Jaringan tersebut dilihat cukup untuk menghadiahkan tiga mata kepada Oranje yang mula mengawal rentak permainan sambil menyerap tekanan daripada Jepun.

Namun, drama sebenar tercetus pada minit ke-88 apabila Jepun memperoleh sepakan penjuru.

Koki Ogawa melonjak paling tinggi untuk menanduk bola ke arah gawang dan meskipun Verbruggen sempat menyentuhnya, penjaga gol itu gagal menghalang bola daripada melepasi garisan gol.

Keputusan seri 2-2 itu menyaksikan Jepun sekali lagi membuktikan kemampuan mereka untuk bersaing dengan pasukan elit dunia, manakala Belanda terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas gagal mempertahankan kelebihan sehingga wisel penamat.- Stadium Astro

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading