theme-sticky-logo-alt
June 12, 2026
12 Views

“Segala Bentuk Diskriminasi Dan Penindasan Terhadap Rohingya Mesti Dihentikan,”-PSM

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) Semenyih mengecam tindakan sesetengah pihak yang mempergunakan isu pelarian, khususnya yang berkaitan komuniti Rohingya, dengan memainkan sentimen perkauman dan xenofobia di media sosial. Menurut Malaysia Gazette ,Setiausahanya, Yap Heng Lung berkata, tindakan menonjolkan identiti etnik itu dalam video tular sebuah bangunan di Hulu Langat baru-baru ini secara sensasi... Read More

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) Semenyih mengecam tindakan sesetengah pihak yang mempergunakan isu pelarian, khususnya yang berkaitan komuniti Rohingya, dengan memainkan sentimen perkauman dan xenofobia di media sosial.

Menurut Malaysia Gazette ,Setiausahanya, Yap Heng Lung berkata, tindakan menonjolkan identiti etnik itu dalam video tular sebuah bangunan di Hulu Langat baru-baru ini secara sensasi adalah tidak bertanggungjawab dan hanya mengundang kebencian terhadap golongan yang sudah pun terpinggir.

Beliau berkata jika terdapat isu yang ingin diketengahkan, fokus sepatutnya diberikan kepada fakta dan keadaan sebenar, bukannya identiti etnik atau asal-usul seseorang.

“PSM mengulangi pendirian yang pernah dinyatakan bersama 74 pertubuhan masyarakat sivil sebelum ini bahawa segala bentuk diskriminasi, kebencian dan penindasan terhadap pelarian mesti dihentikan.

“Kempen serta petisyen dalam talian yang menyemarakkan kebencian terhadap komuniti Rohingya adalah tidak boleh diterima dalam sebuah masyarakat yang menghormati prinsip kemanusiaan dan hak asasi manusia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading