theme-sticky-logo-alt
June 12, 2026
10 Views

Mexico Mulakan Kempen Dengan Langkah Kanan

MEXICO CITY: Mexico membuka tirai kempen Piala Dunia 2026 dengan kemenangan 2-0 ke atas Afrika Selatan dalam aksi pembukaan Kumpulan A di Stadium Azteca, Khamis. Menurut Awani, perlawanan itu turut dicemari beberapa insiden disiplin apabila tiga kad merah dilayangkan, termasuk dua kepada Afrika Selatan yang menamatkan perlawanan dengan hanya sembilan pemain. Tuan rumah bermula cemerlang... Read More

MEXICO CITY: Mexico membuka tirai kempen Piala Dunia 2026 dengan kemenangan 2-0 ke atas Afrika Selatan dalam aksi pembukaan Kumpulan A di Stadium Azteca, Khamis.

Menurut Awani, perlawanan itu turut dicemari beberapa insiden disiplin apabila tiga kad merah dilayangkan, termasuk dua kepada Afrika Selatan yang menamatkan perlawanan dengan hanya sembilan pemain.

Tuan rumah bermula cemerlang apabila Julian Quinones meledak gol pembukaan seawal minit kesembilan hasil tekanan tinggi yang dikenakan ke atas benteng lawan.

Kesilapan pemain tengah Afrika Selatan, Sphephelo Sithole, dimanfaatkan Erik Lira sebelum bola disalurkan kepada Quinones yang tenang menyempurnakan peluang bagi meletakkan Mexico di hadapan.

Mexico terus menguasai permainan sepanjang babak pertama, namun hanya membawa bekalan satu gol ke bilik persalinan.

Keadaan semakin sukar buat Afrika Selatan pada awal separuh masa kedua apabila Sithole dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain Mexico dalam situasi peluang jaringan jelas.

Walaupun beraksi dengan 10 pemain, Afrika Selatan cuba memberikan tentangan, namun Mexico akhirnya berjaya menggandakan kelebihan pada minit ke-67.

Raul Jimenez menanduk masuk hantaran Roberto Alvarado untuk gol kedua tuan rumah, sekali gus memberikan kelegaan kepada penyokong yang memenuhi Stadium Azteca.

Afrika Selatan kemudian kehilangan seorang lagi pemain apabila pemain gantian, Themba Zwane, diperintah keluar padang selepas semakan VAR, memaksa pasukan itu mengharungi baki perlawanan dengan sembilan pemain.

Mexico turut menerima kad merah apabila pertahanan Cesar Montes dilayangkan kad merah pada masa kecederaan.

Perlawanan tersebut turut mencipta rekod tersendiri apabila menjadi aksi pembukaan Piala Dunia pertama yang menyaksikan tiga kad merah dilayangkan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading