theme-sticky-logo-alt
June 11, 2026
77 Views

TERKINI: Gelaran ‘Tan Sri’ Mohd Isa Abdul Samad Ditarik

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Datuk Mohd Isa Abdul Samad. Menurut kenyataan media Jabatan Perdana Menteri hari ini, penarikan balik itu berkuat kuasa pada 8 Jun lalu. JPM berkata keputusan tersebut dibuat berikutan Mohd Isa telah disabitkan atas suatu kesalahan... Read More

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Datuk Mohd Isa Abdul Samad.

Menurut kenyataan media Jabatan Perdana Menteri hari ini, penarikan balik itu berkuat kuasa pada 8 Jun lalu.

JPM berkata keputusan tersebut dibuat berikutan Mohd Isa telah disabitkan atas suatu kesalahan dan kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Menurut kenyataan itu, tindakan berkenaan selaras dengan Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Perenggan XXV dan XXVIA yang memperuntukkan bahawa sesuatu darjah kebesaran boleh ditarik balik sekiranya penerimanya disabitkan dengan kesalahan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading