theme-sticky-logo-alt
June 11, 2026
50 Views

“Tanpa UMNO-BN Kerajaan Hari Ini Tidak Dapat Dibentuk,”-Jamal Md Yunos

KUALA LUMPUR –Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar,Datuk Seri Jamal Md Yunos membidas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim, yang didakwa menuduh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersikap angkuh susulan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Beliau berkata, dakwaan berkenaan tidak berasas dan menyifatkan pemimpin muda PKR tersebut gagal... Read More

KUALA LUMPUR –Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar,Datuk Seri Jamal Md Yunos membidas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim, yang didakwa menuduh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersikap angkuh susulan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, dakwaan berkenaan tidak berasas dan menyifatkan pemimpin muda PKR tersebut gagal memahami realiti pembentukan Kerajaan Perpaduan serta sejarah politik negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memerlukan sokongan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan kerajaan dibentuk susulan keputusan PRU15 yang tidak menghasilkan majoriti jelas.

“Kamil Munim sepatutnya bermuhasabah sebelum menyerang UMNO.

“Janganlah apabila sudah berada dalam kerajaan dan menikmati kuasa, terus lupa bagaimana kerajaan ini dibentuk. Seluruh negara tahu siapa yang memerlukan siapa selepas PRU15.

“Tanpa UMNO-BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri. Tanpa UMNO-BN juga, PH dan DAP tidak akan berada dalam Kerajaan Persekutuan pada hari ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading