theme-sticky-logo-alt
October 17, 2026
17 Views

“Mengapa Pimpinan UMNO Membisu?”-Mujahid Rawa

SHAH ALAM: UMNO perlu menjelaskan sama ada parti itu mengetahui atau merestui tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, berhubung surat yang didakwa mempertikaikan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Menurut Sinar, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata isu berkenaan tidak boleh dipandang... Read More

SHAH ALAM: UMNO perlu menjelaskan sama ada parti itu mengetahui atau merestui tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, berhubung surat yang didakwa mempertikaikan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurut Sinar, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata isu berkenaan tidak boleh dipandang ringan kerana membabitkan hubungan antara institusi Istana dengan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau turut menggesa supaya kandungan penuh surat yang didakwa dihantar kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja didedahkan bagi membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar.

Menurutnya, UMNO sebelum ini sering menampilkan diri sebagai pembela orang Melayu, agama Islam dan institusi Raja-Raja Melayu.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan sikap kepimpinan UMNO yang didakwa berdiam diri apabila seorang Menteri Besar daripada parti itu dikaitkan dengan tindakan yang menyentuh kedudukan seorang Raja Melayu.

“UMNO selama ini begitu lantang mendakwa dirinya pembela Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu.

“Mereka cepat menuduh pihak lain sebagai biadab atau derhaka dalam isu yang direka-reka dan dibesar-besarkan.

“Apabila Menteri Besar daripada UMNO sendiri dikaitkan dengan tindakan yang menyentuh kedudukan seorang Raja Melayu, mengapa pimpinan UMNO membisu?” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading