theme-sticky-logo-alt
October 17, 2026
21 Views

“Kita Terima Hakikat Melaka Dipimpin BN,”-Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Pas menerima kedudukan Barisan Nasional (BN) sebagai peneraju pentadbiran Melaka dalam kerangka kerjasama politik antara kedua-dua parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadual berlangsung pada 14 November depan. Menurut Awani, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas mengiktiraf peranan BN dalam menerajui kerajaan negeri itu dan berhasrat meneruskan kerjasama politik... Read More

KUALA LUMPUR: Pas menerima kedudukan Barisan Nasional (BN) sebagai peneraju pentadbiran Melaka dalam kerangka kerjasama politik antara kedua-dua parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadual berlangsung pada 14 November depan.

Menurut Awani, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas mengiktiraf peranan BN dalam menerajui kerajaan negeri itu dan berhasrat meneruskan kerjasama politik yang telah terjalin antara kedua-dua pihak.

Menurutnya, kerjasama berkenaan turut mengambil kira pendekatan yang dilaksanakan kedua-dua parti dalam menghadapi pilihan raya negeri sebelum ini.

“Kita berusaha meneruskan kerjasama dan untuk makluman awal, kita terima hakikat Melaka dipimpin oleh Barisan Nasional. Kita dalam kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Terengganu International Summit 2026 di Kuala Terengganu, pada Jumaat.

Mengulas persiapan menghadapi PRN Melaka, Abdul Hadi memaklumkan sebahagian besar rundingan berkaitan kerjasama politik dan pembahagian kerusi telah diselesaikan.

Bagaimanapun, katanya, keputusan mengenai calon yang bakal mewakili Pas masih belum dimuktamadkan dan perlu melalui proses pemilihan mengikut ketetapan parti.

“Sebahagian besar sudah selesai dibincangkan. Tinggal tunggu masa dan kita ada senarai calon yang mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulama.

“Siapa yang bertanding akan ditentukan oleh Pas Pusat,” jelasnya.

Abdul Hadi berkata, Pas sudah mempunyai senarai calon yang berpotensi diketengahkan, namun keputusan akhir hanya akan dibuat selepas melalui proses kelulusan dan pertimbangan kepimpinan pusat.

Pengumuman rasmi calon dijangka dibuat menjelang hari penamaan calon PRN Melaka.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading