theme-sticky-logo-alt
June 9, 2026
87 Views

“Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah,”-Pengelola Bijaya Diraja

SEREMBAN — Istiadat pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada 5 Jun lalu adalah tidak sah dan tidak diiktiraf dari sudut perlembagaan, undang-undang serta adat istiadat Negeri Sembilan. Menurut Sinar Harian, Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali berkata, justeru gelaran Yang Dipertuan Besar yang... Read More

SEREMBAN — Istiadat pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada 5 Jun lalu adalah tidak sah dan tidak diiktiraf dari sudut perlembagaan, undang-undang serta adat istiadat Negeri Sembilan.

Menurut Sinar Harian, Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali berkata, justeru gelaran Yang Dipertuan Besar yang cuba diambil oleh Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja’afar adalah tidak berkuat kuasa.

“Bagaimanapun, dengan cuba menerima gelaran yang tidak sah itu, Tunku Datuk Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dengan sendirinya telah melepaskan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan yang sebelum ini disandangnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Azizi, susulan tindakan tersebut, tiada lagi penyandang bagi Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan.

Beliau menegaskan bahawa istiadat pemasyhuran yang diadakan pada 5 Jun lalu itu tidak mempunyai pengiktirafan dari segi perlembagaan, undang-undang mahupun adat istiadat Negeri Sembilan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading