KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan gabungan itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan datang.
Menurut Awani, keputusan tersebut dibuat susulan pengumuman Pakatan Harapan (PH) untuk meletakkan calon di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.
“Di Negeri Sembilan, pasti (BN) bergerak solo kerana Pakatan Harapan telah mengumumkan mereka akan bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Ertinya, kita tidak ada pilihan melainkan terpaksa bertanding secara solo,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Invest Malaysia Kuala Lumpur 2026, hari ini.








