KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan parti itu tidak boleh dikaitkan dengan keretakan hubungan politik antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Menurut Malaysia Gazette, UMNO sering menjadi sasaran tuduhan setiap kali berlaku sesuatu isu melibatkan parti lawan.
“Asalkan dia tak tuduh UMNO yang buat. Tiap kali nanti (berlaku isu) kata UMNO punya kerja. UMNO baiklah,” katanya ringkas.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM 2026 di Wisma Perwira ATM, di sini, hari ini.
Khaled mengulas perkembangan hubungan politik antara PAS dan Bersatu yang secara rasminya ditamatkan malam tadi.
Menurutnya, UMNO tidak seharusnya dipersalahkan setiap kali timbul kemelut dalam kalangan parti lawan.








