theme-sticky-logo-alt
June 8, 2026
74 Views

“Agak Angkuh Untuk Menafikan Hak Mana-Mana Kaum Untuk Bertanding Dalam Pilihan Raya,”-Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia perlu terus berpaksikan prinsip masyarakat majmuk sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta menolak sebarang bentuk politik kebencian yang berasaskan kaum. Menurut Berita Harian,beliau berkata, walaupun landskap politik negara sentiasa diwarnai perbezaan pandangan dan persaingan antara parti politik, hakikat kepelbagaian kaum dan budaya yang menjadi... Read More

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia perlu terus berpaksikan prinsip masyarakat majmuk sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta menolak sebarang bentuk politik kebencian yang berasaskan kaum.

Menurut Berita Harian,beliau berkata, walaupun landskap politik negara sentiasa diwarnai perbezaan pandangan dan persaingan antara parti politik, hakikat kepelbagaian kaum dan budaya yang menjadi asas pembentukan negara tidak boleh dipertikaikan.

Menurutnya, semua pihak perlu menghormati pilihan rakyat dalam sistem demokrasi serta mengelakkan sikap yang menafikan hak mana-mana kaum atau parti politik.

“Jadi soal siapa yang harus mendampingi Perdana Menteri dalam kerajaan dan kementerian, kita harus menghormati semua sosok sebagai kaum, sebagai bangsa walaupun induknya majoriti Melayu, kita sentiasa jelas.

“Dalam sistem dan amalan demokrasi, kita mesti menghormati pilihan rakyat dan itu agak angkuh atau sombong untuk kita dalam membuat keputusan, menafikan hak mana-mana kaum atau parti yang mungkin bertanding dan bersama dalam pilihan raya,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulan bersama warga Kementerian Komunikasi Hari Ini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading