theme-sticky-logo-alt
June 8, 2026
113 Views

“Tanpa 30 Kerusi Kerajaan Madani TaK Akan Terbentuk, “- Zahid Hamidi

ISKANDAR PUTERI – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bahawa sumbangan gabungan itu dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak boleh dinafikan. Menurut Malaysia Gazette, tanpa 30 kerusi yang dimenangi BN, jumlah sokongan 112 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan tidak akan dapat dicapai. “Barang harus... Read More

ISKANDAR PUTERI – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bahawa sumbangan gabungan itu dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak boleh dinafikan.

Menurut Malaysia Gazette, tanpa 30 kerusi yang dimenangi BN, jumlah sokongan 112 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan tidak akan dapat dicapai.

“Barang harus diingat, tanpa 30 tidak akan muncul angka 112. Hakikatnya sumbangan BN tidak boleh dipadam,” katanya ketika merasmikan Pelancaran Jentera BN Johor di Stadium Tertutup Kompleks Educity di Iskandar Puteri, hari ini.

Zahid berkata demikian bagi mengingatkan pihak tertentu agar tidak menafikan peranan BN dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) selepas PRU15 pada 2022.

Beliau turut menegaskan BN memainkan peranan penting dalam mewujudkan kestabilan politik serta memacu pembangunan negara.

“Tanpa BN, baik di Johor atau di mana sahaja, kitalah yang meletakkan asas kestabilan. Kitalah yang memacu pembangunan.

“Kitalah yang membina kemajuan demi kepentingan rakyat,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading