theme-sticky-logo-alt
June 8, 2026
23 Views

“DAP Tidak Akan Jadi Sebahagian Dari Kerajaan Negeri Johor,”-Onn Hafiz Ghazi

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan DAP tidak pernah dan tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Johor yang diterajui BN. Menurutnya, perkara itu hanya dapat dipastikan sekiranya rakyat Johor terus memberikan sokongan dan mandat kepada BN Johor yang dipimpinnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Beliau berkata pendirian tersebut... Read More

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan DAP tidak pernah dan tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Johor yang diterajui BN.

Menurutnya, perkara itu hanya dapat dipastikan sekiranya rakyat Johor terus memberikan sokongan dan mandat kepada BN Johor yang dipimpinnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau berkata pendirian tersebut bukan didorong oleh sikap sombong atau sentimen perkauman, sebaliknya berasaskan prinsip, mandat dan tanggungjawab kepada Bangsa Johor.

“Sebagai Pengerusi BN Johor yang menjaga kebajikan dan berkhidmat untuk setiap kaum di Johor, saya wajib menghormati hasrat rakyat akar umbi di setiap peringkat yang mahu kita bergerak sendiri dalam PRN Johor 2026,” katanya dalam satu kenyataan.

Onn Hafiz turut mengingatkan bahawa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Johor merupakan dua entiti yang berbeza.

Katanya, kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terbentuk susulan titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika itu apabila tiada mana-mana gabungan memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan tersebut tidak berlaku di Johor.

“Di Johor, BN telah diberi mandat yang jelas oleh rakyat. Kita telah membentuk kerajaan negeri yang stabil, membuktikan prestasi dan mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan kerja ini tanpa diganggu oleh percaturan politik yang menggugat kestabilan negeri,” katanya.

Beliau menegaskan Johor mempunyai pendekatan tersendiri dalam menguruskan pentadbiran negeri.

“Ini UMNO Johor. Ini BN Johor. Ini Bangsa Johor,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading