theme-sticky-logo-alt
May 25, 2026
38 Views

PRN Johor: “BN Kekal Bertanding Dengan 56 Kerusi,”-Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU — Barisan Nasional (BN) Johor menegaskan tiada perubahan akan dibuat terhadap keputusan gabungan itu untuk bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Menurut Malaysia Gazette,Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan pucuk pimpinan parti. Beliau juga berkata, keputusan... Read More

JOHOR BAHRU — Barisan Nasional (BN) Johor menegaskan tiada perubahan akan dibuat terhadap keputusan gabungan itu untuk bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Menurut Malaysia Gazette,Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan pucuk pimpinan parti.

Beliau juga berkata, keputusan itu turut mendapat restu Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi serta sokongan Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir.

“Keputusan ini bukan dibuat secara bersendirian sebaliknya telah mendapat restu Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid serta disokong Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Sebelum saya buat pengumuman itu, saya telah mendapat ‘berkat’ daripada pucuk pimpinan, Datuk Seri Zahid. Sebab itu saya berani komited dengan angka tersebut,” katanya dalam audio siar Keluar Sekejap episod ke-200.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan berlaku perubahan keputusan susulan perkembangan politik semasa membabitkan hubungan antara pimpinan BN dan Pakatan Harapan (PH).

Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor berkata, pihaknya yakin keputusan untuk bertanding di semua 56 kerusi DUN itu akan diteruskan seperti dirancang.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading