theme-sticky-logo-alt
May 21, 2026
21 Views

“Kenyataan Melibatkan Institusi Raja-Raja Melayu Hendaklah Dibuat Dengan Penuh Adab Dan Kehormatan,”-Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR — PAS mendakwa Malaysia kini memerlukan kepimpinan yang mampu meredakan ketegangan rakyat dan memulihkan keyakinan awam, bukannya mencetuskan kontroversi berpanjangan yang boleh menggugat keharmonian masyarakat. Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, parti itu memandang serius kenyataan balas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dan Penasihat Dasar kepada Setiausaha Agung DAP, Tony Pua berhubung titah dan nasihat... Read More

KUALA LUMPUR — PAS mendakwa Malaysia kini memerlukan kepimpinan yang mampu meredakan ketegangan rakyat dan memulihkan keyakinan awam, bukannya mencetuskan kontroversi berpanjangan yang boleh menggugat keharmonian masyarakat.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, parti itu memandang serius kenyataan balas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dan Penasihat Dasar kepada Setiausaha Agung DAP, Tony Pua berhubung titah dan nasihat DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut beliau, titah Sultan Selangor itu perlu difahami dalam konteks tanggungjawab kebangsaan dan kesederhanaan bagi memastikan tiada pihak mengeluarkan kenyataan yang boleh memarakkan sentimen perkauman, menghakis kerukunan sosial atau melemahkan penghormatan terhadap institusi utama negara.

Beliau berkata, respons Tony Pua terhadap perkara itu didakwa menambahkan keresahan awam dan mencetuskan kontroversi baharu ketika ketegangan kaum dan agama dalam masyarakat sedang memuncak.

“PAS percaya apa-apa respons atau kenyataan melibatkan institusi Raja-raja Melayu hendaklah dibuat dengan penuh hati-hati, adab dan kehormatan setanding dengan peranan Raja-raja Melayu sebagai tonggak kestabilan negara,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Takiyuddin turut mengaitkan episod itu dengan beberapa isu lain yang menurutnya semakin mencetuskan perdebatan awam termasuk pengiktirafan sijil UEC, penggunaan Bahasa Cina dalam dokumen rasmi kerajaan, isu penternakan babi di Selangor serta perbahasan berkaitan dasar pendidikan, Bahasa Kebangsaan dan isu agama serta kaum.

Beliau berkata, sikap menerima atau menolak titah diraja mengikut kesesuaian kepentingan politik masing-masing hanya memperlihatkan sifat hipokrit dan oportunis.

Menurutnya, walaupun sebahagian isu berkenaan boleh dianggap sebagai isu pentadbiran, perdebatan secara emosional dan konfrontatif akan menyumbang kepada peningkatan keresahan awam serta meruncingkan polarisasi masyarakat.

Dalam pada itu, PAS berpandangan sesebuah kerajaan bukan sahaja perlu mentadbir dengan cekap, malah mesti dilihat berupaya mempertahankan kestabilan sosial serta meletakkan kepentingan negara melebihi pertimbangan politik partisan.

“Pada saat negara berdepan tekanan ekonomi dan ketidaktentuan global, Malaysia memerlukan kepimpinan yang menyuburkan keyakinan dan kepercayaan awam, bukannya yang meledakkan kontroversi demi kontroversi tidak perlu,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading