theme-sticky-logo-alt
May 20, 2026
213 Views

Akaun TikTok Palsu Guna AI Hina Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR — Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan kewujudan sebuah akaun TikTok palsu yang dipercayai menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi menghasilkan kandungan berunsur fitnah dan penghinaan terhadap KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Menurut kenyataan Royal Press Office, akaun palsu menggunakan nama “Sultan Ibrahim Ismail” itu memuat... Read More

KUALA LUMPUR — Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan kewujudan sebuah akaun TikTok palsu yang dipercayai menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi menghasilkan kandungan berunsur fitnah dan penghinaan terhadap KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menurut kenyataan Royal Press Office, akaun palsu menggunakan nama “Sultan Ibrahim Ismail” itu memuat naik video yang memaparkan gambar Seri Paduka Baginda kononnya gemar memakan daging khinzir.

Kenyataan itu menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai penghinaan serius, berniat jahat dan amat sensitif memandangkan Seri Paduka Baginda ialah Raja Melayu serta Ketua Negara yang beragama Islam.

Royal Press Office turut melahirkan rasa kesal terhadap satu lagi imej dalam akaun sama yang memaparkan wajah Seri Paduka Baginda dipadankan pada tubuh seekor haiwan, yang disifatkan sebagai tindakan menghina dan tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, Royal Press Office berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam penyebaran kandungan berkenaan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading