theme-sticky-logo-alt
May 21, 2026
59 Views

“Perpaduan Orang Melayu Tidak Harus Disalah Tafsir Untuk Bermusuh Dengan Semua Kaum,”-Sultan Sharafuddin Idris Shah

SHAH ALAM — DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru orang Melayu dan umat Islam di negara ini agar terus bersatu padu demi memastikan kedudukan bangsa dan agama terus kukuh serta tidak mudah dipengaruhi perpecahan. Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, perpecahan dan pertelingkahan sesama sendiri hanya akan melemahkan orang Melayu dan umat Islam. “Jika... Read More

SHAH ALAM — DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru orang Melayu dan umat Islam di negara ini agar terus bersatu padu demi memastikan kedudukan bangsa dan agama terus kukuh serta tidak mudah dipengaruhi perpecahan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, perpecahan dan pertelingkahan sesama sendiri hanya akan melemahkan orang Melayu dan umat Islam.

“Jika kita terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri, maka kita yang akan rugi dan lemah,” titah baginda dalam perutusan sempena Hari Raya Aidiladha 2026/1447H pada Khamis.

Baginda turut melahirkan kebimbangan terhadap pertelingkahan politik yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini sehingga boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

“Beta mahu menegaskan bahawa perpaduan orang Melayu tidak harus disalah tafsir sebagai usaha untuk bermusuhan dengan semua kaum lain di negara ini. Sebaliknya, kekuatan sesuatu bangsa yang hidup bersatu akan menjadikan negara lebih aman, stabil dan rakyatnya saling menghormati,”Titah baginda

Baginda turut menyeru semua kaum dan penganut agama di negara ini supaya menghormati sensitiviti antara satu sama lain serta hidup dalam suasana aman damai.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading