theme-sticky-logo-alt
May 20, 2026
60 Views

PRN Negeri Sembilan:”Mungkin Tahun Ini Atau Tahun Depan,”-Aminuddin Harun

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan diadakan tahun ini, namun menegaskan perkara itu bergantung kepada kesesuaian semasa. Menurut Sinar Harian beliau berkata, pelbagai faktor akan dipertimbangkan termasuk perkembangan politik semasa serta kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri jiran seperti Melaka... Read More

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan diadakan tahun ini, namun menegaskan perkara itu bergantung kepada kesesuaian semasa.

Menurut Sinar Harian beliau berkata, pelbagai faktor akan dipertimbangkan termasuk perkembangan politik semasa serta kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri jiran seperti Melaka dan Johor.

“Kita tengoklah keadaan. Kita rasa Pilihan Raya Umum pun dah dekat. Tapi saya tak menolak kemungkinan PRN tahun ini, kemungkinan tahun depan… Insya-Allah.

“Saya pun rasa cantik diadakan sekarang atau cantik akan datang…. semua cantik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, hari ini.

Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata, pihaknya turut mempertimbangkan kemungkinan PRN Negeri Sembilan diadakan serentak dengan Melaka dan Johor.

“Kita tengoklah kesesuaian, rakan-rakan jiran kita bila mereka adakan pilihan raya. Mungkin kita sekalikan saja dan itu antara yang kita akan timbang,” katanya lagi.

Sebelum ini, beberapa pemimpin politik membayangkan kemungkinan PRN di beberapa negeri diadakan lebih awal susulan spekulasi pembubaran DUN dalam masa terdekat.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading