theme-sticky-logo-alt
September 16, 2026
62 Views

“ Pagi Ajak Bincang Tiba-Tiba Malam Ajak Lawan,”- Mohd Noor Helmy

MELAKA: “Tak ada masalah siapa pun nama jadi calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong ini, kita lawan habis-habisan.” Itu ketegasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem ketika mengulas hasrat DAP untuk merampas semula kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang. Mohd Noor Helmy turut menyindir... Read More

MELAKA: “Tak ada masalah siapa pun nama jadi calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong ini, kita lawan habis-habisan.”

Itu ketegasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem ketika mengulas hasrat DAP untuk merampas semula kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Mohd Noor Helmy turut menyindir perubahan nada DAP selepas beliau bertemu Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming pada pagi sebelumnya.

Menurutnya, dalam pertemuan itu, Nga yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan kepimpinan kerajaan negeri.

“Tadi MalaysiaGazette dah keluarkan berita DAP akan bertanding di DUN Duyong… tapi apa saya boleh katakan, baru semalam pagi saya makan bersama YB Nga Kor Ming, Menteri KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

“Beliau menzahirkan ingin berbincang dengan kepimpinan kerajaan negeri. Saya kata tak apalah, bincanglah. Selagi boleh bincang, tak apa.

“Tiba-tiba malam kau (DAP) kata nak lawan. Eh, tak apalah, kita lawan ajelah,” katanya ketika berucap pada Program Penyampaian Hadiah Program KRT Taman Seri Duyong 2, di sini hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading