PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan terus mendapat sokongan daripada parti-parti komponen utama termasuk Barisan Nasional, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk kekal bersama kerajaan sehingga tamat penggal pentadbiran.
Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini apabila Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap komitmen semua rakan parti komponen dalam Kerajaan Madani.
Menurut beliau, komitmen tersebut mencerminkan keutamaan yang diberikan terhadap kepentingan rakyat dan negara, sekali gus membolehkan kerajaan memberi tumpuan penuh kepada usaha menangani cabaran ekonomi susulan krisis di Asia Barat serta memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.








