theme-sticky-logo-alt
May 20, 2026
103 Views

“Setiap Tindakan Patik Demi Kepentingan Rakyat Selangor Dan Malaysia,”-Wong Siew Ki

SHAH ALAM – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki menzahirkan penghormatan dan menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dengan menegaskan bahawa prinsip Rukun Negara sentiasa menjadi panduan dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat. Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau berkata, prinsip-prinsip Rukun Negara menjadi inspirasi dan asas utama dalam memikul tanggungjawab... Read More

SHAH ALAM – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki menzahirkan penghormatan dan menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dengan menegaskan bahawa prinsip Rukun Negara sentiasa menjadi panduan dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat.

Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau berkata, prinsip-prinsip Rukun Negara menjadi inspirasi dan asas utama dalam memikul tanggungjawab serta berkhidmat untuk seluruh rakyat.

Menurutnya, lima prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan sentiasa dihormati dan dipatuhi dalam setiap tindakan.

“Patik amat menghormati dan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip ini dalam setiap tindakan patik demi mengutamakan kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia

“Daulat Tuanku,” katanya dalam hantaran berkenaan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading