theme-sticky-logo-alt
May 15, 2026
47 Views

“Syarat Kemasukan Pelajar UEC, Tahfiz Ke Universiti Awam Sedang Diperinci,”- anwar ibrahim

SEREMBAN — Kerajaan akan memperincikan keputusan membenarkan lepasan institusi tahfiz dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), termasuk pemegang Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), melanjutkan pengajian dalam program terpilih di universiti awam. Menurut Astro Awani,Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin langkah itu akan diterima baik semua pihak kerana ia membuka akses pendidikan tinggi awam kepada pelajar... Read More

SEREMBAN — Kerajaan akan memperincikan keputusan membenarkan lepasan institusi tahfiz dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), termasuk pemegang Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), melanjutkan pengajian dalam program terpilih di universiti awam.

Menurut Astro Awani,Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin langkah itu akan diterima baik semua pihak kerana ia membuka akses pendidikan tinggi awam kepada pelajar tahfiz dan UEC, tertakluk kepada syarat lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

“Keputusan Jemaah Menteri adalah pelajar mesti lulus Bahasa Melayu dan Sejarah. Kita membenarkan akses ini, walaupun pada peringkat awal ia mungkin terhad kepada kursus-kursus tertentu.

“Sebelum ini, perkara ini tidak dipersetujui. Namun, memandangkan sekolah menengah persendirian Cina telah menerima syarat tersebut, kita juga berasa selesa dengannya.

“Nampaknya semua pihak kini bersetuju, walaupun beberapa butiran lanjut masih sedang diperhalusi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara 2026 peringkat kebangsaan di Seremban, hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading