theme-sticky-logo-alt
May 13, 2026
28 Views

“Anwar Bukan Perdana Menteri Satu Kaum Sahaja Tetapi Seluruh Rakyat Malaysia,”- Gunaraj George

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Gunaraj George mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kritikan dilemparkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berhubung isu kuil Hindu. Gunaraj yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, semua pihak berhak menyuarakan pandangan, namun kritikan terhadap kerajaan... Read More

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Gunaraj George mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kritikan dilemparkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy berhubung isu kuil Hindu.

Gunaraj yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, semua pihak berhak menyuarakan pandangan, namun kritikan terhadap kerajaan perlu dibuat secara adil dan membina.

Menurut Malaysia Gazette, Perdana Menteri ketika ini sedang berdepan cabaran besar dalam mengurus negara termasuk tekanan ekonomi serta situasi global yang mencabar.

“Malaysia adalah negara berbilang kaum dan sudah tentu setiap keputusan kerajaan akan dilihat daripada pelbagai sudut berbeza.

“Saya yakin Anwar akan terus berusaha memenuhi harapan serta kebimbangan semua komuniti termasuk masyarakat India. Beliau bukan Perdana Menteri untuk satu kaum sahaja tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Terdahulu, Waytha Moorthy mendakwa tindakan Perdana Menteri menjelaskan kenyataannya mengenai isu kuil Hindu yang didakwa ‘disalah tafsir’ hanyalah usaha meredakan kemarahan masyarakat India menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

Mengulas lanjut, Gunaraj berkata adalah tidak adil untuk mendakwa kerajaan sedang ‘mendemonisasi’ kuil Hindu.

“Kerajaan bukan mengabaikan kebimbangan masyarakat Hindu tetapi sedang berusaha mencari penyelesaian yang menjaga keharmonian serta mengurus isu pembangunan dan tanah secara bertanggungjawab,” ujarnya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading