theme-sticky-logo-alt
May 11, 2026
38 Views

“Lelaki Akan Terus Bekerja Sehingga Hari Dia Diusung Ke Masjid,”-Azam Baki

PUTRAJAYA — Azam Baki menegaskan beliau tidak berhasrat untuk menghilangkan diri daripada perhatian umum selepas bersara sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut Sinar Harian, Beliau berkata dirinya masih mahu terus menyumbang kepada negara selain bersuara mengenai isu tadbir urus dan antirasuah apabila diperlukan. Azam yang dijadual menamatkan perkhidmatan pada 12 Mei selepas... Read More

PUTRAJAYA — Azam Baki menegaskan beliau tidak berhasrat untuk menghilangkan diri daripada perhatian umum selepas bersara sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Sinar Harian, Beliau berkata dirinya masih mahu terus menyumbang kepada negara selain bersuara mengenai isu tadbir urus dan antirasuah apabila diperlukan.

Azam yang dijadual menamatkan perkhidmatan pada 12 Mei selepas 42 tahun bersama Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan kemudian SPRM berkata, beliau akan terus berkongsi pengalaman serta pandangan demi manfaat masyarakat dan suruhanjaya itu.

“Saya akan terus menyumbang apa sahaja yang mampu kepada negara dan masyarakat.

“Jika tiba masanya dan saya merasakan perlu untuk bersuara, saya akan terus memberikan pandangan yang membina,” katanya dalam sesi podcast eksklusif SPRM.

Menurut beliau, persaraan tidak bermakna seseorang itu perlu berhenti menjadi produktif atau tidak lagi berguna kepada masyarakat.

“Saya selalu katakan bahawa lelaki akan terus bekerja sehingga hari dia diusung ke masjid,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading