KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Wan Rosdy Wan Ismail menyelar kenyataan Penasihat DAP, Lim Guan Eng yang melabelkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai rakan yang tidak boleh dipercayai dalam Kerajaan Perpaduan.
Menurut Menteri Besar Pahang itu, kenyataan sedemikian tidak membantu malah berpotensi mengeruhkan lagi keadaan ketika pimpinan BN dan Pakatan Harapan (PH) sedang berusaha mencari penyelesaian terhadap pelbagai isu berbangkit.
“Saya ingin mengingatkan Lim Guan Eng agar tidak menjadi batu api yang mampu mencetuskan masalah lebih besar.
“Jika beliau mempunyai pandangan negatif terhadap UMNO dan BN, beliau juga perlu memahami bahawa ramai dalam UMNO BN mempunyai pandangan yang sama terhadap beliau,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.- Malaysia Kini








