theme-sticky-logo-alt
May 6, 2026
35 Views

“SPRM Berjaya Peroleh Semula Lebih RM31 billion Aset 1MDB, “- Azam Baki

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya memperoleh semula aset berjumlah kira-kira RM31.3 bilion daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), iaitu 74.5 peratus daripada keseluruhan RM42 bilion yang diseleweng. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata pencapaian itu menandakan kemajuan penting dalam usaha berterusan agensi berkenaan untuk mendapatkan semula aset negara. Menurut Sinar Harian,usaha tersebut... Read More

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya memperoleh semula aset berjumlah kira-kira RM31.3 bilion daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), iaitu 74.5 peratus daripada keseluruhan RM42 bilion yang diseleweng.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata pencapaian itu menandakan kemajuan penting dalam usaha berterusan agensi berkenaan untuk mendapatkan semula aset negara.

Menurut Sinar Harian,usaha tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan dana yang diseleweng dapat dikesan dan dikembalikan, selaras dengan aspirasi kepimpinan negara.

“Sehingga kini, berdasarkan data sedia ada, jumlah keseluruhan dana 1MDB yang diseleweng ialah RM42 bilion.

“Nilai keseluruhan aset yang berjaya diperoleh semula setakat 2025 ialah RM31,301,717,268.56, bersamaan kira-kira RM31.3 bilion,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Beliau turut memperincikan jumlah pemulihan aset mengikut tahun, iaitu RM1.16 bilion (2019), RM14.26 bilion (2020), RM5.12 bilion (2021), RM400.39 juta (2022), RM8.09 bilion (2023), RM715.95 juta (2024) dan RM1.57 bilion (2025).

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading