SEREMBAN – Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias bersama 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu digesa memohon maaf secara terbuka di semua platform kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Menurut Sinar Harian, gesaan tersebut dibuat oleh Sekretariat Taat Setia Sokongan Tuanku Muhriz menerusi satu kenyataan pada Ahad, yang dikeluarkan oleh pengerusinya, Megat D Shahriman Zaharuddin.
beliau berkata pihaknya mengecam keras tindakan kepimpinan UMNO Negeri Sembilan yang didakwa tidak wajar kerana mengaitkan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80.
“Hari ini kamu mengheret Tuanku untuk tutup kelemahan politik kamu dan esok lusa kamu jual pula nama Tuanku untuk kekal berkuasa.
“Inilah politik hipokrit, munafik dan terhina UMNO Negeri Sembilan. Ini adalah satu tindakan derhaka, terkutuk dan tidak boleh dimaafkan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad








