theme-sticky-logo-alt
May 2, 2026
22 Views

“Jangan Gadai Masa Depan UMNO Kerana Mahu Menjaga Mana-Mana Pihak,”- Jalaluddin Alias

KUALA LUMPUR — UMNO Negeri Sembilan menyatakan kesediaan untuk menjadi pembangkang berbanding menyertai pentadbiran kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH). Pengerusinya, Jalaluddin Alias, berkata pendirian itu diambil kerana parti tidak mahu dikaitkan dengan isu melibatkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, yang didakwa berkaitan krisis adat dan Perlembagaan negeri. Menurutnya, keutamaan UMNO Negeri Sembilan ketika... Read More

KUALA LUMPUR — UMNO Negeri Sembilan menyatakan kesediaan untuk menjadi pembangkang berbanding menyertai pentadbiran kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH).

Pengerusinya, Jalaluddin Alias, berkata pendirian itu diambil kerana parti tidak mahu dikaitkan dengan isu melibatkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, yang didakwa berkaitan krisis adat dan Perlembagaan negeri.

Menurutnya, keutamaan UMNO Negeri Sembilan ketika ini adalah membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), dengan sasaran untuk memenangi keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kembali dominan.

“Jangan gadai masa depan UMNO kerana mahu menjaga mana-mana pihak. Saya mengambil tanggungjawab penuh terhadap krisis ini dan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, saya akan pastikan parti berada di landasan dominan,” katanya.

Beliau turut menegaskan akan terus melaksanakan tanggungjawab tersebut selagi mendapat kepercayaan daripada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Jalaluddin berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading