SEREMBAN: UMNO Negeri Sembilan berpandangan Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu diadakan bagi menangani kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu.
Menurut Sinar Harian,Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata penangguhan sidang DUN sehingga tempoh enam bulan seperti dimaklumkan boleh menimbulkan ketidaktentuan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
“Jika sidang DUN ditangguhkan sehingga enam bulan, kerajaan akan diurus dalam keadaan tidak stabil dan pelbagai masalah boleh timbul.
“Malah, kesan daripada itu berkemungkinan akan membuka ruang kepada pelbagai masalah baharu. Oleh itu, sidang DUN khas mesti dipanggil untuk memutuskan segala krisis politik yang berlaku demi kestabilan dan kepentingan kerajaan negeri,” katanya di sini.








