theme-sticky-logo-alt
October 16, 2026
15 Views

“PH Mampu Menang Jika PRN Negeri Sembilan Diadakan Semula,”- Mohamad Sabu

KOTA BHARU: Pakatan Harapan (PH) berpotensi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sekiranya pilihan raya itu diadakan semula susulan kemelut politik yang berlarutan di negeri berkenaan. Menurut UTUSAN, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata kegagalan menyelesaikan kemelut itu dalam tempoh tertentu berkemungkinan membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). Bagaimanapun,... Read More

KOTA BHARU: Pakatan Harapan (PH) berpotensi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sekiranya pilihan raya itu diadakan semula susulan kemelut politik yang berlarutan di negeri berkenaan.

Menurut UTUSAN, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata kegagalan menyelesaikan kemelut itu dalam tempoh tertentu berkemungkinan membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, beliau menegaskan AMANAH tidak mahu campur tangan dalam urusan politik Negeri Sembilan kerana perkara itu tertakluk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

“Sekarang ini hanya ada Menteri Besar seorang dan tiada barisan EXCO. Macam mana nak buat kerja, yang terkesannya adalah rakyat.

“Kemelut ini perlu diselesaikan segera kerana ketiadaan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) menjejaskan kelancaran pentadbiran dan akhirnya memberi kesan kepada rakyat.

“Jadi kita berharap mereka mencari jalan selesaikan kemelut ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen AMANAH Kelantan di sini, hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading