Bekalan ternakan babi di Selangor dilaporkan merosot ketara daripada sekitar 60 peratus kepada hanya 10 hingga 15 peratus susulan penularan wabak penyakit.
Menurut Sinar Harian, Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Izham Hashim berkata, walau bagaimanapun keadaan itu dijangka pulih dalam masa terdekat berikutan pelaksanaan langkah kawalan dan pemulihan oleh kerajaan negeri.
Izham juga menegaskan, semua ternakan yang diimport tidak dibenarkan singgah di mana-mana lokasi dan perlu dihantar terus ke pusat penyembelihan di Rawang untuk diproses sebelum dipasarkan.
“Langkah ini penting bagi memastikan bekalan segar yang hidup tidak membawa sebarang penyakit,” katanya.








