OLD TRAFFORD:Manchester United semakin hampir untuk mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selepas menewaskan Brentford 2-1.
Pasukan Tuan rumah bermula garang dan berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-11 apabila Casemiro tenang menanduk masuk hasil menyambut tandukan dari Harry Maguire
Menjelang penghujung babak pertama, United terus menggandakan kelebihan pada minit ke-43. Apabila Bruno Fernandes melorongkan bola kepada Benjamin Sesko dan melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol lawan.
Brentford berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-87 menerusi rembatan jarak jauh Mathias Jensen yang menewaskan Senne Lammens.
Kedudukan kekal hingga ke wisel penamat tanpa sebarang tambahan jaringan dari kedua-dua pasukan.








