theme-sticky-logo-alt
April 24, 2026
52 Views

“Sebarang Pembinaan Baharu Tanpa Kebenaran Adalah Tidak Dibenarkan,”- Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil langkah proaktif dengan menggerakkan Ahli Parlimen serta badan antara agama, Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) bagi mencari penyelesaian terhadap isu rumah ibadat bukan Islam (RIBI) yang dibina di atas tanah milik kerajaan di Wilayah Persekutuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh... Read More

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil langkah proaktif dengan menggerakkan Ahli Parlimen serta badan antara agama, Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) bagi mencari penyelesaian terhadap isu rumah ibadat bukan Islam (RIBI) yang dibina di atas tanah milik kerajaan di Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa RIBI Wilayah Persekutuan Bilangan 1/2026 yang dipengerusikannya pada Selasa lalu.

“Terma rujukan mesyuarat ini telah ditambah baik dengan penglibatan Ahli Parlimen Kuala Lumpur serta MCCBCHST bagi memperkukuh proses perbincangan dan penyelesaian,” katanya dalam satu kenyataan.

“Bermula hari ini, sebarang pembinaan baharu atau tambahan struktur di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran tidak akan dibenarkan,”

“Segala tindakan akan dilaksanakan secara berhemah dan penuh hormat dengan mengambil kira sensitiviti komuniti setempat,” jelasnya.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading