theme-sticky-logo-alt
April 24, 2026
35 Views

“Suspek Menghidap Skizofrenia,”- Mohd Yusoff Mamat

Seorang lelaki warga emas berusia 83 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akibat kecederaan parah di kepala, dipercayai dipukul anak lelakinya dalam kejadian di Tanah Merah. Menurut Buletin TV3, Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, berkata suspek berusia 41 tahun yang mempunyai masalah mental(skizofrenia) dipercayai bertindak di... Read More

Seorang lelaki warga emas berusia 83 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akibat kecederaan parah di kepala, dipercayai dipukul anak lelakinya dalam kejadian di Tanah Merah.

Menurut Buletin TV3, Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, berkata suspek berusia 41 tahun yang mempunyai masalah mental(skizofrenia) dipercayai bertindak di luar kawalan, dengan kejadian itu turut disaksikan adiknya.

Insiden berkenaan tercetus apabila mangsa menegur suspek, yang dikenali sebagai seorang bapa yang tegas.

“Teguran berkenaan menyebabkan suspek terkejut, memusing badan dan menumbuk mangsa secara tiba-tiba sehingga terjatuh ke lantai simen.

“Selepas insiden itu, suspek dalam keadaan terpinga-pinga kemudian naik ke tempat tidur,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading