theme-sticky-logo-alt
April 30, 2026
31 Views

“Kerajaan Terpaksa Belanja Banyak Peruntukan Untuk Memastikan Rakyat Dapat Menikmati BUDI95,”- Anthony Loke

Kerajaan dijangka membelanjakan peruntukan lebih besar bagi memastikan rakyat terus menikmati harga bahan api bersubsidi, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Menurut Buletin TV3, Beliau berkata, langkah itu selari dengan arahan Kementerian Kewangan Malaysia agar semua kementerian melaksanakan langkah penjimatan susulan peningkatan tanggungan subsidi RON95. “Sekarang ini, kerajaan terpaksa membelanjakan lebih banyak peruntukan untuk memastikan harga... Read More

Kerajaan dijangka membelanjakan peruntukan lebih besar bagi memastikan rakyat terus menikmati harga bahan api bersubsidi, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurut Buletin TV3, Beliau berkata, langkah itu selari dengan arahan Kementerian Kewangan Malaysia agar semua kementerian melaksanakan langkah penjimatan susulan peningkatan tanggungan subsidi RON95.

“Sekarang ini, kerajaan terpaksa membelanjakan lebih banyak peruntukan untuk memastikan harga RON95 dapat dinikmati oleh rakyat melalui subsidi BUDI95.

“Ini bermaksud lebih banyak yang perlu dibelanjakan untuk subsidi RON95, maka perbelanjaan-perbelanjaan lain perlulah dioptimumkan dan dikurangkan,” katanya.

Loke berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis China-Malaysia Readers Forum on the English Edition of Xi Jinping di sini, hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading