theme-sticky-logo-alt
April 21, 2026
21 Views

“Fitnah Bukan Sekadar Kesilapan Teknikal Ia Boleh Meruntuhkan Ukhuwah,”- Ahmad Izwan Hamzah

Sesuatu fitnah bukan sekadar isu kesilapan teknikal, sebaliknya membawa kesan jauh lebih besar termasuk meruntuhkan persaudaraan, mencalar reputasi individu serta mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Anggota tertinggi Majlis Ulama UMNO Malaysia, Ahmad Izwan Hamzah berkata, perkara itu dapat dilihat susulan permohonan maaf seorang pemimpin kanan PAS kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam. Menurut beliau, insiden... Read More

Sesuatu fitnah bukan sekadar isu kesilapan teknikal, sebaliknya membawa kesan jauh lebih besar termasuk meruntuhkan persaudaraan, mencalar reputasi individu serta mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Anggota tertinggi Majlis Ulama UMNO Malaysia, Ahmad Izwan Hamzah berkata, perkara itu dapat dilihat susulan permohonan maaf seorang pemimpin kanan PAS kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam.

Menurut beliau, insiden tersebut memberi pengajaran besar kepada semua pihak agar lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat.

“Dalam dunia yang serba pantas hari ini, sempadan antara berita sahih dan fitnah sering kali menjadi kabur jika tidak disertai dengan sikap tabayyun (menyemak kebenaran).

“Fitnah bukan sekadar kesilapan teknikal; ia adalah barah yang boleh meruntuhkan ukhuwah, mencalarkan reputasi individu dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, penyebaran maklumat tidak tepat memberi kesan yang sukar dipadamkan sepenuhnya walaupun permohonan maaf telah dibuat.

Semalam, Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Zulkifli Ismail mengemukakan permohonan maaf kepada Fadhlina selepas membuat tuduhan bahawa menteri berkenaan melarang bertakbir dan membaca Qunut Nazilah sempena Minggu Solidariti Palestin pada 2023.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading