Mahkamah Tinggi mengarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Malaysia serta lima pihak lain untuk memfailkan pernyataan pembelaan sebelum 21 Mei ini berhubung saman difailkan peserta Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH).
Menurut Sinar Harian, Peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili peserta Garah itu selaku plaintif berkata, mahkamah menetapkan tarikh berkenaan semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Nik Nur Amalina Mat Zaidan.
“Prosiding akan datang ditetapkan bulan hadapan iaitu lima minggu daripada tarikh prosiding ini,” katanya kepada media.








