theme-sticky-logo-alt
April 14, 2026
42 Views

Usaha Tebatan Banjir Kurangkan 52 Hotspot Di Perak Dalam Setahun – Sultan Nazrin

IPOH — Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah negeri Perak tidak terkecuali daripada kesan peningkatan cuaca ekstrem global yang kini semakin ketara. Menurut baginda, berdasarkan data satelit oleh NASA, dunia menyaksikan peningkatan intensiti bencana seperti banjir dan kemarau yang melonjak dua kali ganda dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini berbanding purata antara 2003 hingga... Read More

IPOH — Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini bertitah negeri Perak tidak terkecuali daripada kesan peningkatan cuaca ekstrem global yang kini semakin ketara.

Menurut baginda, berdasarkan data satelit oleh NASA, dunia menyaksikan peningkatan intensiti bencana seperti banjir dan kemarau yang melonjak dua kali ganda dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini berbanding purata antara 2003 hingga 2020.

Baginda turut menarik perhatian terhadap fenomena hydroclimatic whiplash, iaitu perubahan mendadak daripada musim kemarau yang gersang kepada banjir besar dalam tempoh singkat, yang memberi tekanan besar terhadap keupayaan infrastruktur sedia ada.

Titah tersebut disampaikan ketika istiadat pembukaan rasmi tahun keempat Dewan Negeri Perak ke-15, hari ini.

Sehubungan itu, baginda menegaskan langkah mitigasi banjir perlu diberi keutamaan bagi menjamin keselamatan serta kelangsungan hidup rakyat.

Menurut baginda, pelaksanaan projek tebatan banjir serta penyelenggaraan sungai yang lebih berfokus telah menunjukkan hasil positif apabila jumlah lokasi titik panas banjir di seluruh negeri berjaya dikurangkan daripada 332 lokasi pada 2024 kepada 280 lokasi pada 2025.

Baginda menegaskan usaha berterusan perlu diperkukuh bagi memastikan negeri lebih bersedia menghadapi impak perubahan iklim yang semakin tidak menentu.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading